Thursday, June 13, 2013

Feeling upset

Terlalu banyak di dalam kepala.
Tak tahu nak mula yang mana.
Yang mana patut didahulukan
Yang patut dibelakangkan.

Seminggu naik sekolah
Esok dah nak terlibat dengan kem
Suka, tapi tak seronok
Dah tak ada member
Yang dikepit kehulu kehilir
Tersentap hati bila nak fikir2..
Siapa suruh asyik duduk berkepit
Tak gang dengan semua orang kan.

Gang nak bermalam di pekan
Memang dah tak ada.
Dulu berani je nak lepak je kat hotel tu sorang2
Tapi the last time punya pasal
Macam ada phobia sikit.

Dah la aktiviti pepagi buta
Kalau pun duduk luar
Nak masuk sekolah dalam keadaan gelap gelita
Tak berani.. emang dasar penakut!
Suka sangat menakutkan diri
Tu lah padahnya..

Ada waktu ada keberanian
Ada waktu rasa takut melebihi rasa berani
Gagal!

Tiga hari waktu persekolahan
Elok je mood
Semangat terlebih..and seronok
Tapi bila timbul peristiwa tadi..
Aduhai..bikin rasa hilang mood

Pehal la susah sangat
Nak tanam sifat beradab dalam hidup
Bukan salah mak bapak tak didik
Aku rasa ko dah cukup dewasa
Nak fikir..
Mana yang baik untuk ko buat
Mana yang buruk untuk ko tinggalkan
Kan?
Susah sangat ke?

Dan aku stress juga bila budak
Rasa negatif melebihi tahap positif
Belum mencuba..
Dah jatuhkan semangat diri
Tapi rasa stress tu kena la telan
Depan budak tak boleh tunjuk sangat
Nak melukis pun..
Aku kena terapkan 1-2 minit..
Untuk mereka tiup sendiri
Rasa semangat dalam diri..
Mencabar kebolehan diri
Aku bukan suruh lukis
Sehebat pelukis jalanan
Janji ko mlukis gelas
Nampak la rupanya macam gelas.
Maksudnya.. boleh la sangat tu
Untuk up to another step kan..
Kalau boleh reverse..
Aku patut mendalami ilmu psikologi
Sebab..minat aku memangnke arah tu..
Terlambat sedar...

Masa dalam kelas pagi..
Budak aku sibukkan..
Ambok2 yang bergaduh di luar tingkap
Thats ambok-ambok looks so pretty than i eh?
Karang aku ambik ambok
Suru ko lukis ambok
Baru mengamuk ...
Haha
That' S monkey wrestling
Sesama sendiri, budak aku sibuk jadi refree
Huhhh..bengang okeh!

Mujur kelas yang 30 minit terakhir
Tak mengecewakan..
Most of them... melukis seperti yang aku arahkan..
Mana taknya..pantang ayat
Yang keluar..siapa siap boleh balik
Kerja yang biasa ko bikin
Nak sejam..10 minit boleh siap?

Kan??
Hebat tu...
Sebab dorongan..nak balik awal..

Panas bontot  budak aku tengok
Kelas lain dah berlumba2 nak keluar pagar..
Yang dorang tengah berlumba2 siapkan keja..
Tau2..bila aku keluar..
Dah kosong banggunan
Aku terakhir keluar..
Pergh... selalu macam tu..
Ye la.. kita baru nak buka mulut nak
Ajar..tau2 budak depan..
Kalau tak ada cikgu..lajuuuuu
Je trun dulu..
Terganggu psikologi budak yang dah belajar
Kan? Macam kita dulu..
Yeye je bila aku cakap..
Hari ni kita kena pantas sikit..
Sebab balik awal..
Pastu budak2.. alaaaaa.....
Walhal dalam hati
Bertepuk sakan... yesssss!

Aku pun antara budak2
Yang bila cikgu tak datang hari tu rasa seronok..
Bila balik awal ..seronok..
Bila esok cuti...rasa gembira..
Yang kalau tak ada cikgu waktu akhir
Berlumba2 nak sampai depan pagar sekolah dulu
Tu pun kena tepat2 bunyi bell la..
Tak berani balik sebelum loceng berdering..
Padahal..
Tak ada piala pun yang menanti..cuma
Rasa seronok bila ko terawal yang balik kan?
Tapi...tak ada pula berlumba2 nak terawal nak ke sekolah
Hahahahaha...
Tapi zaman aku belajar
Tak pernah kokum batal..
Dah la kokum awal pagi..
Pastu sambung kelas tambahan lagi..
Jangan harap boleh escape..
Next week..dah kena panggil
Lari padang..rotan la..
Kehadiran waktu kokum sangat strict
Gila!
disiplin pun memang tough la
Bila waktu macam ni..
Baru sedar..penting sebenanrnya
Mengetatkan tahap disiplin sekolah
Sebab memang punca keadaban budak
Pada tahap disiplin.
Selalu aku terbayang2kan zaman sekolah
And im proud to be sabah college..

Tapi..... Aku rasa..
Aku stress bila..
Dah plan baik punya..untuk pnp....
Tiba2 terganggu benda lain..
Terpaksa cut masa pnp..
Benci kan??
Memang buat aku down...

Okeh habess terlepas
Moga boleh terlelap
Sampai subuh..

Perkara esok
Fikirkan esok..
Karang sampai esok pagi
Tak nyenyak tidur..
Nite..

No comments: