setiap hari waktu persekolahan
mesti aku menderita sakit perut
mengajar dalam keadaan perut meminta untuk di isi..
sedih kan?
ini tahun..
setiap pagi aku tak sempat nak sarap
kira cukup bagus la kalau sempat nak teguk air masak
paling hebat kalau sempat nak bancuh teh~
apsal dulu aku sempat lagi nak goreng mee segala bagai?
penat aku try flashback..
apa punca aku tak sempat nak sarap?
pastu perjalanan ke sekolah ambil masa 1 jam 30 minit
tu kira yang paling cepat..
kalau keadaan trafik sesak..
maunya 1 jam 40 minit
maunya tak lapar?
perut tak meragam?
biasanya kalau dah sampai membakut..
mesti perut dah berdendang sayang
tapi aku buat-buat tak dengar
terpaksa abaikan permintaan perut sebab nak fokus pemanduan
kesian kan?
pastu kalau sampai sekolah
awal..syukur alhamdulillah
at least boleh bagi rehat otak yang terlalu fokus
atas jalan kan..
kalau trafik sesak?
sampai lagi beberapa minit kat kelas?
maunya aku tak terkejar2..
pastu nak ambil buku budak yang kat atas lagi..
segala bagai ~
penat!
lapar + terkejar-kejar
satu hal..
belum terserempak dengan pelajar yang buat hal
sepanjang jalan nak naik kelas~
rasa panas hati ~
nak je dalam satu hari
aku buat bodoh
dan butakan mata je dengan kesalahan disiplin yang aku nampak
tapi serius tak boleh..
zaman aku sekolah..
aku di ajar untuk berdispilin dari pelbagai aspek..
tak sia-sia sekolah mendidik aku macam tu..
sebab aku ingat sampai hari ni!
zaman aku sekolah..
takkan senang2 nak jumpa pelajar tak pakai TIE
atau tak ada LENCANA sekolah..
tak ada tanda nama pun kesalahan besar okeh!
belum bab stoking..
kasut sekolah??
kasut sekolah zaman aku...
tak boleh nak ada jalur hitam..
mana nak cari?
anak tudung tak boleh nak hitam!
waktu P&P takkan nampak la pelajar yang berkeliaran sesuka hati..
nak berdiri luar koridor pun..
dah jadi kesalahan besar okeh!
yang budak aku ni semua selamba badak~~~~
sakit mata okeh!
banyak benda setiap hari buat aku sakit mata..
soal jiwa tak perlu cakap..
aku rasa aku kena belajar
abaikan semua benda ni..
biar orang sepatutnya yang ambil kisah..
boleh buat gitu??
ni
dah masuk 3 minggu
hidup aku stress sebab asyik nak marah budak je
apsal ini tahun aku cepat sangat nak marah2?
aku tak suka nak marah-marah
sebab aku pun tak suka di marah
tapi kalau aku tahankan..
bertambah sakit jiwa!
hurmmm...
aku rasa sebab aku lapar + terkejar-kejar + penat
penat turun naik banggunan ( entah berapa kali nak mention penat yang ni kan?)
pastu tadi..
ada cikgu baru tu
cakap cam gini kat aku..
fydzah ni lemah lembut la..
OMG... lemah lembut?
tang mana aku tak tau..
aku rasa kalau dia dah masuk 3-4 bulan..
mesti nak tarik balik statement tu kot?
hahaha
;p
aku rasa dah tak ada keayuan aku kat sekolah tu..
terkejar-kejar sana sini..
sound sana sini..
kejap mngamuk..keluar suara jantan..
huh~ sadis..
jangan tak lama
aku ada darah tinggi sudah!
dah la tadi aku menjerit kat kantin sebab kucing menggatal kat aku..
grrrrr tak suka la ada kucing
menyebabkan aku tak boleh menikmati makanan dengan baik~
p/s:
gila bapak besar soto yang dia kasi..
memang la aku order soto nak lebih daripada biasa
nak lebih mee
dan aku dah cakap kot
tak mau mangkuk besar
sebab nanti malu nak makan..
sekali datang..
macam ni...
apa kau rasa?????
lapar punya pasal.. aku buat bodo
dan teruskan makan sampai licin..
mee je..sup memang aku tak kan hirup..
kalau aku hirup sup sampai licin..
air aku nak campak mana kan?
aku spesis cepat lapar..
tapi space kecik
means..aku juga cepat rasa kenyang
dan yang penting senang nak gemukkkkkk!!
pun bikin aku stress~
cuti ni aku kena belajar handle
stress..
atau mungkin aku perlu sumbatkan kat telinga
zikir sepanjang jalan
supaya hati aku tenang sepanjang jalan?????