Tuesday, May 8, 2018

Moga ada penyelesaiannya

pertama kali si icad neb belum genap setahun
puncanya bila batuk sampai nafasnya berbunyi
wheeze

banyak kali dia admit sebab benda ni
ada yang dia admit
tak demam pun ..tapi perlu neb
yang last sekali hari tu siap kena pasang oksigen

ada yang bagi cadangan try dekat Pakar Dr Soon ni
mungkin boleh jumpa ubat yang sesuai

selalu masa dah datang sakit dia..
macam dah terpikir nak gi sana.. faktor masa dan jarak..klinik buka ada masanya
bukan 24 hour
so kali ni, hari sabtu tu 5/5/28
kita orang decide la bawa dia gi sana

4/5/18 malam dia macam dah batuk2
ada selsema sikit
so takut lagi melarat

timing pun okay..klinik buka sampai jam 1
so , ibu dan ayah icad pun merancang la pergi sana
dalam perjalanan call..nasib call
kena bikin app pula..last time call kata x yah bikin app
so dia bagi app jam 11

kita orang sampai awal dalam jam 10 lebih la
masa tu tak ramai orang juga
tapi sekali masuk ambil masa 15-20 minit
ye la jumpa pakar
of course penenrangannya akan lebih details kan

turn icad sampai dalam jam 12 lebih gitu
masa jumpa dr tu
barula penjelasan tentang sakit dia 
ko lebih faham
dan terbuka sikit minda kita ni


kalau sekali masuk biasa dia panggil Brochitis
kalau berulang dan kurang terjangkit   dalam 4 kali setahun dipanggil Recurrent Bronchitis
kalau lebih istilahnya sebagai Viral Associated Wheeze iaitu asthma ( ampus)

tapi sebelum umurnya meningkat 5 tahun
benda tu berada dalam keadaan kekal atau hilang
depands dengan pendekatan ibubapa atau penjaga
nak biar
or bertindak?
of course la kan kita as parent
berusaha untuk ke arah kebaikan

kemudia dr pakar tu terangkan pula penggunaan ubat
kes icad ni jangan bagi ubat batuk cair kahak or yang hitam atau sewaktu dengannya
sebab akan membuat keadaan menjadi lebih teruk
yang dia perlu
something yang boleh buka rongga yang sempit
dan pastinya something berbentuk gas
sebab tu dia kena neb
tapi neb ni kesan dia lambat sikit sebab tu neb berulang kali baru baik

dulu masa pigi Kundasang
pernah dr di poliklinik bagi icad ubat
sebab masa tu dia batuk dan demam sikit
disebabkan kundasang tu sejuk Dr standby bagi ubat
yang boleh kasi buka luas pernafasan dia let say asthma dia jadi
sebelum jadi dia bagi
dalam bentuk pil
so ketuk bagi hancur masuk dalam susu
alhamdulillah even cuaca sejuk atas tu
asthma dia terkawal dan tak keluar pun
syukur alhamdulillah
so aku cerita benda ni sama dr pakar
dia kata klinik dia ada juga ubat tu
tapi lain sikit
manis dan chewable
nah sesuai sangat
la kan kalau manis..tak payah pk macamna nak bagi

ubat tu dia panggil singulair
dah ambik sepapan sebagai bekalan

dan satu lagi dia bagi ventholin

benda ni kita biasa nampak yang penghidap ampus guna kan
dr hospital sebelum ni asyik la kata nak bagi
tak juga bagi dan kita as parent tak request sebab kita tak tau
pa fungsi benda ni sebenarnya kan

Dr soon explain dengan bergambar

wheeze tu bermula sebab saluran tu sempit
so apa yang perlu benda untuk buka saluran bagi luas supaya tak sempit
salah satu ubatnya tu benda alah kat atas tu
Ventolin
kalau dr hospital explain so i pun of course la nak juga benda tu
even dia kecil tak pandai guna
ada corong boleh beli
tapi, guna cawan plastik je pun
klinik dr pakar dah standby benda tu
senang je pun

2 syarat untuk elak asthma dia jadi
firtsly, kalau dia start batuk terus bagi ventolin tu
jangan tunggu dah bunyi
dengan start bagi singulair
dah 30 tahun dia guna ubat tu
in sha Allah membantu pada pesakit peringkat awal
walaupun dia kata kajian luar bagitau ada long term effect
tapi setakat dia guna 30 tahun tak ada kes macam tu berlaku dengan pesakit dia
so kita setuju saja

selain penerangan yang hebat tu
dia cek dalam telinga masuk camera takut ada jangkitan ke apa ke
sebab hidung dengan telinga saluran sama nya bertembung kot
alhamdulillah atak ada jangkitan

so 2 minggu lagi akan review lagi
hasilnya seperti di bawah :



okeh la kan
penenrangannya berbaloi
dan bermanfaat~

mudahan anak ibu tak lagi mengalami
Viral Associated Wheeze

Monday, May 7, 2018

yang pertama untuk 2018

haccchooooooooo!!!
boleh bersin kalau lama tak masuk rumah
last masuk bulan sept lepas
sekadar masuk gitu-gitu saja lepas tu tak pernah post apa pun

kesibukannya sampai tahap malas
semuanya tepek kat insta
nasib la ada insta.. ada juga perjalanan hidup tercata kat sana kan

tapi insta tu bukan boleh percaya juga
kot terkena macam orang lain terkena.. merana jugak la
hilang segala memori ~

so sementara terasa masa tu ada
i nak update sikit cerita pasal teratak Vila Intan

deal dengan dealer masa november 2016
plan asal nak beli kat membakut yang dijangka siap 2019
so boleh rancang sikit kewangan kan..
tapi masa datang dia offer kat Vila Intan
sebab dia tau aku dari sebelah Papar
sebab aku takut hilang EPW kalau jarak rumah dekat sangat dengan sekolah kan
so memandangkan masih bertugas sebelah Beaufort
aku pertimbangkan juga dekat sebelah papar tu

tapi..
tak ada pilihan masa tu
dia offer rumah no94 untuk teres 2 tingkat
atau teres biasa..
kalau nak cerita berbaloi ke tidak dari segi keluasan rumah dengan harga
tak payah cerita la
harga rumah kat sabah ni..
mahal nak mampussss dengan keluasan yang seciput
kalau aku beli sebelah perak ke pahang ke.. boleh dapat rumah yang keluasan dia 1500 ke sqft

so hal tu tak berapa nak dipertimbangkan
yang aku kisah masa tu
tentang harga yang semakin tak munsabah
kalau x grab sekarang harga makin naik
lepas tu nak cuba buat atas tanah sendiri masa tu terlampau banyak la SOP nya
so..
kira ambil langkah cepat
bincang dengan husband.. ambil je la
sebab dia kata pemotongan start hujung 2018
walaupun dari segi harga dan keluasan.. hubby x berapa nak setuju
tapi hati tekad~

tak pe la..memang kalau orang start beli rumah ni
memang sakit sikit 2-3 tahun kan..
semua orang merasa juga.. tapi nanti okeh la

cumanya, yang kita punya plan ada lari sikit
April 2018, dapat surat nak start pemotongan la pula
gitu..cepat benorrr
bagus la dapat kunci awal..cumanya perjanjian delaer tu tak sama dengan yang kita plan

so aku call la bahagian Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)
ejen dia terangkan pemotongan akan berlaku bila mana-mana benda ni berlaku
tahun selepas tanda tangan perjanjian
atau berlaku penuntutan dari pihak LPPSA maksudnya perumahan tu dah siap dari jangkaan awal

hampeh..masa cakap..mulut manisss saja kan
tapi kenapa senang aku deal dengan dealer ni sebab
dari awal pembelian rumah ni
TIADA deposit
TIADA bayaran guaman
dia BAGI 500 selepas sign dengan company dan 500 selepas lulus dari LPPSA
banyak barangan FREE
banyak benda company yang setelkan 
kita tunggu rumah siap saja

so benda tu kira bagus la juga kan
hitung masa saja

so akhirnya lepas setahun lebih duk lawat tapak..
daripada tak berapa nak siap
dah pasang tiang letrik
masuk perabot
akhirnya 19hb April dah boleh ambil kunci
tu pun sebenarnya dari 16hb dah boleh ambil
terlambat tahu la pulak

so petang 19 April lepas MAKES kat sekolah
aku terus la gi ambil
nasib la Jumaat tu cuti peristiwa kan



cumanya, letrik tak setel
katanya kena bayar deposit di Lembaga Letrik di Papar
yang ni.wakil AE di CP kk yang bagitau
dia tak mention pun letrik tak ada lagi

bila dapat kunci, esoknya aku pegi opis untuk urus document lain2
ambil surat yang berkaitan
so petang tu, husband baru balik berkursus di KL dari Isnin tu
so tak sempat nak urus letrik

minggu tu juga, dah call kontraktor dengan sorang lagi yang aktif tangkap kontrak bikin rumah
ko tau apa punya pattern rumah sekarang dapur tak tutup habis
ko tunggu aku jadi menteri.. semua benda ni aku ubah
muahaha
bengong buat rumah pesen gitu
nak mampusss agaknya
dia offer juga 9k untuk tambah dapur
setakat beli bata..tak luak dari 9k tu okay!
so x deal..tak ramai pun yang deal..semua dapur ternganga luas

kita orang deal dengan orang no 2..


disebab orang no 1 tu tak berjaya deal harga dengan yang kita punya bajet
pastu demand tinggi
so kita deal la dengan orang ni

orang ni baru lepas siap projek perumahan company yang sama kat sebelah Tuaran
banyak pattern rumah macam kita orang ni.
bersepah2..kalau beli dari dulu..harga jauh lebih murah
sebab tu aku grab takut harga makin meningkat
muntah hijouuuu nanti tengok harag 2 tahun akan datang

orang dela..esoknya nak berkampung kat rumah
tapi letrik tak setel..
so kita orang kataokeh je la..sebab pasang meter tak de la lama sangat
hari selasa tu, minta tolong parent aku lari ki sesb papar
sebab tak sempat nak pigi
sibuk dengan kejohanan Tenis MSSD Beaufort

masa petang isnin dorang sampai tu
kita orang datang juga la
nak tengok konco-konconya jugak kan
tapi bila sampai taman tu
scary gelap gelita
dah tu pintu masuk utama dia mangga!
aih..kunci dah bagi
pun dia tutup jalan ke?
dah macam nak menceroboh
tapi sebab kunci dah dapat..aku rasa kontraktor site tu patutnya tak boleh dah kunci kan
sebab kunci dah bagi!

nak call opis..tak dapat
sebab dah habis masa bekerja

esoknya tu
aku call banyak tempat
complain pasal lampu jalan tak ada
dan kenapa dia mangga jalan masuk

dan hari tu juga, masa parent aku gi sesb
baru tahu..letrik belum boleh pasang sebab ada masalah dari company tu sendiri juga
lepas kita complain, baru la dorang kalut hantar surat apa entah pergi sesb
so kena tunggu 1-2 hari
adoi la
hanggginnnnn betul
sebab pekerja dah datang
letrik tak ada
petang tu jugak sesb ada datang meronda
aku tak tau macamna dorang deal
kunci dah serah letrik tak setel
nasib minggu sibuk
tekad juga nak siasat macam OC OBTAINED ..letrik tak setel..
nasib la petang rabu..dah boleh apply meter


tapi cerita pasal letrik tu tak setel juga
meter dia janji nak masuk 2 hari..
petang isnin jugak baru setel (30/4/18)
tapi rupanya dah ada meter
tak ada jugak letrik
kontraktor tak pasang wayar dari tiang masuk gi rumah
masa ni la kesabaran aku macam tergoncang ala tsunami sikit
bab gini..aku memang boleh pakai #makcikuatkomplenservistakbagus!

aku kena sabar 1 mei  jatuh hari selasa
2 mei, aku call sesb
pasal apa karen tak ada
meter dah ada, walaupun aku tau puncanya

masa tu aku call dah petang
dia kata, hujan kuat
tak boleh pasang
okeh nasib la orang duk sibuk kata petang tu ribut..sebelah pagi cuaca baik ko tak pasang
aku ni kalau bukan sebab ada pekerja dah berkampung dekat rumah
aku tak kisah pun
sikit tak kisah nak tunggu
ni aku complain dari 23 hb pekerja dah ada..
letrik tak setel2
mana tak angin..


27hb April tu
pinjam generator set abh
tu pun rosak..kena hantar baiki, petang sabtu baru dapat guna
sebab setahun tak guna..
so kalau ada gen set ni,even tak guna jangan buat2 tak nampak
kena start2 jugak la.
so adanya gen set tu, pekerja dah boleh sambung menyimen belakang
nasib la tak bayar gaji hari kan
rugi betul

3hb tu
aku call lagi sesb tanya perkembangan
sebab kesabaran dah senipis kulit bawang
sekali pertanyaan sesb tu menyebabkan kesabaran aku jatuh pigi 0%
dia boleh tanya, nama aku tak ada dalam list bayar deposit meter
okeh..
padan muka la aku hanginnnnnn dengan sesb hari tu
habis aku basuh..
macamna korang buat kerja..masa aku datang ko taip nama masuk dalam sistem nama ..tapi boleh cakap nama aku tak ada??
aku dahla #tukangkomplentegar ko kata nama aku tak ada dalam list??
tu pun dia suruh kontraktor dia yang pm
aku dah menyinga dalam hp
takut agaknya nak tanya sendiri..
pastu aku suruh cek ic
sebab banyak berlaku ic aku ni orang tak berapa pandang
sebab ic sabah 12 or 49
dorang laju isi ******-12-****
benda ni pun menyusahkan juga
sebab aku pun tak berapa nak semak 
hospital papar pun silap tulis ic aku gi 12 menyebabkan sangkut nak claim insurans
pastu aku malas dah nak urus..

so kali ni..aku yakin..memang kes yg sama jugak
sekali bila dorang semak nama
sah2 la dorang keyin ic salah
dorang keyin 13

dan petang tu jugak la baru selesai masalah letrik
rugi masa pekerja tu kat sana sebab letrik ni

so ni la hasil mereka berkampung sehinga 4/5/18
weekend lepas mereka balik cuti
agaknya dah berkeluarga kan..
hari ini in sha Allah akan kembali bekerja..
semoga lancar lepas ni








 buka pintu dapur atau bilik icad, nampak playground
nah.. asal lawat tapak..kat sini la dia menyinggah

dah aku membayangkan 
esok2 kalau dah duduk sana
dia la pengunjung playground no 1 punya!

 akan datang..kita update lagi progressnya..