Sunday, December 30, 2012

saywho

since Maha Raja Lawak season 1
aku memang suka dengan saywho
tak silap dulu spelling saehu kan?

aku rasa lawak dorang
tak lawak bodoh!

start tengok raja lawak, dari maha raja lawak
masa memula main dulu
memang tak layan
sebab aku rasa mengarut
macam lawak bodoh
sebab rasa x boleh nak glak

tapi start follow dari Maha raja lawak mega ni la
sebab kumpulan yang terbaik dipertandingkan
sure la lawak kan

terutama
saywho la
kalau dorang juara
memang patut kot
si kecil itu yang bikin
hati rasa naktak sabar2 nak tengok
ko memang lawak!


maunya lagi bila mu kecek kelate
best sebab dorang cuba untuk kenal budaya kita
then jadikan bahan dalam show dorang
keep it up saywho!

p/s: layan lagi di You Tube

Saturday, December 29, 2012

keterujaan..

Sedih dalam suka, bila sekolah dah nak bermula... yeyeye! Yang best, pc baruuuu!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, December 24, 2012

aquaria klcc

Sebab terlampau teruja dengan ikan2 dan hidupan dalam tu... habis gambar banyak berapa nak jadi. Sebab berkejar2 nak pose dengan shark la, penyu besor la. Aku ngan ♡ , sampai round 2 kali okeh. Lagu satu faktor, x bole guna flash. So, gambar banyak x jadi. But its ok, tersimpan dalam my own memory. Huh? Paling riuh la aku ngan adik..eh, u oso kan?  huhu selalu turun kl, x pernah masuk dalam tu. Tu la yang pertama kali.. hoho best! (Thumbs up..)

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, December 23, 2012

pertama kali

Selalu nampak je abang upload kat timeline dia tu..makan kat pasar filipin. Serius, x pernah try sebab keadaan sana bikin selera i mati.. but tadi kena ajak makan..selepas jalan2 dari 1b yang x jadi, parking full gila okay..tu pun masa otw patah balik kk.. keta berduyun2 heading to 1b..maybe la kan nak ke 1b. Pastu, ke suria...lepas dari suria baru g makan kat pasar filipin tu.. rupanya, ada tempat khas untuk makan. Kiranya suasana yang lebih elok aa dari yang kat depan2.. aku rasa habis 3 senduk nasi di telan..  plus stong, ikan dan ayam,, bakar2 ni memang sedap.. rasa yang ori kan.. pastu batu lah aku kesenakan perut. Perut sempit baa ! Serius sedap ba. Next time, ajak kak mimi pulak ke sana.. hihi sebab, mind set dia seperti aku.. kuikui btw, thanx kak lyna ♥ gambar makan x ada, sebab xvited nak makan.. hohoho

Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, December 22, 2012

muffin choc

Resipi di amik dari myresipi.net.. tu ada link macam dalam gambar. Tapi ubah suai.. kurangkan kadar susu pekat, guna susu segar biasa..bukan perisa coklat.. supaya tak manesss.. pastu , bubuh dalam bekas cup cake macam tu.  Last sekali, tabur choc cadbury. Sebab nak habeskan stok coklat.. tak pandai habes2...  so hasilnya macam kat atas.. aku readykan bahan, ayu tolong mix kan bahan... pastu kukus kejap..serius x sampai 40 minit..siap di makan. Ni gara2 frust bikin durian creep, tapi x boleh nak telan. X sedap.. memang anti cream2.. muak! But dunno why people out there cakap creepe durian marvelous.. huh~

Published with Blogger-droid v2.0.9

10 days remain...

Aiyooooo... nak cakp ke tak cakap? Karang cakap, orang tersilap tafsir.. tapi nak tulis juga... cuti dah nak habessssss? Tak terasa pun..rasa baru semalam yang lepas nak mula cuti..adoiiii..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, December 21, 2012

life of pi

Agak2..berapa lama boleh hidup di tengah2 lautan dengan seekor rimau yang garanggggggg? serius best..rasa nak tengok lagi. Tapi serius tak lupa part Jack Parker yang keluar dari boat tu.. aku punya terkejut sampai terbang spek 3d. Masa nak datang tu, memang x plan nak tengok cerita.. main tembak je. Tapi serius best.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, December 19, 2012

kali ke dua

!Awat la asal gi Perak kena serangan asma? Kesian mak.. tak ada yang nak temankan tido. Mesti sefih. At least kalau aku ada, bole tolong kawankan bercakap2 kan. Last time kena attack asma, sampai kul 3 pagi ke hospital. Sebab kena pam. Huhu ni kali kena tahan kat wad pula. Rasa macam nak terbang kejap ke sana la. Adoiii.. sedih. Tapi tak tau nak luahkan macamna. Moga cepat baik, agar hati tak rasa gundah gulana. Harap2 along turun perak hari ni...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, December 16, 2012

kurang setengah bulan ...

Saki baki cuti dah semakin nak berkurang..  awal pagi tadi, mak ngan abh nak flight ke kl..holiday! Penat okay kalau bercuti secara terus menerus ni. Sat lagi naik sekolah, aku yang rasa terkilan sebab tak puas cuti.. abah siap offer lagi, tapi kalau nak hi..pergi 4-5 hari pastu nak balik. Maksudnya, himlewat2.. tapi sayang tiket n time tak kena. X berbaloi sebab tiket mahal. Baik aku duk rumah, tegang2 kan urat.. hohoho cuti2 je dalam negeri.. huahuhahua pastu petangb tadi hantar mak lang and fam. Kebetulan balik ari ni juga.. dorang lagi penat, tadi tengahari dari labuan. Balik kk nek ferry yang 3 jam. Mabuk pak lang aku kata. Dia kata dah x mau naik..baik naik bot laju..gitu? Macam aku punya ayat..wrela memandu naik ke menumbok, then terumbang-ambing, terlambung-lambung.. terapung2 pun ada juga... tak pe..rela untuk 15 minit. Sebab aku pun mabuk laut juga.. bila tak driving, pk lang aku mabuk juga. Eh eh..sama patern macam aku kan? pastu kul 8 tadi ambil tunang ter♥ ..baru balik dari rompon..since 13hb hari tu.. kesian muka penat.menunggu juga, pada hal aku plan biar tersampai awal. Sebab x dapat call, aku lidut2 la atas jalan. Pastu g ikut penampang.. banyak trafic light lagi.. lepas dapat call, aku pecut. Aku lmbat 5 minit keluar sebab masuk rumah balik cr hp. Cr telefon umah pun x jumpa..ke dapur..ke bilik..tak jumpa.. geram betul..masa nak cepat juga la semua naknhilang. Sekali gila bengang, hp tu tersumbat kat poket belakangggggg seluar. Bengang betul aku rasa. Penat aku cari, aku raba2 poket kiri kanan. Bole x rasa kat poket belakang. 2 kali aku keluar masuk, sebab cari kat keta.kot2 tadi terletak dulu..tapi x ada..selongkar beg lagi. Haishhhh tensi! dah sampai rumah, cari hp dalam beg x jumpa. Rupanya, teringat terletak kat tempat keta abe ♥ . Pastu mencari2 telefon rumah lagi, sebab nk call. Nk make sure kan ada..n suh bawa naik bilik. Takut ada call ptg... huhu sekali aku call gn tepon umah kat num aku, mujur berangkat. Tapi yang pelik.. abe boleh x sedar dia pick up hp aku. Dia ingt hp dia.. so dia blurr bila aku suh bawa je hp tu nek bilik. Waduhhh.. emangnya dia penat bangat. Papun, get well soon ye abg.. janji dah lepas program yang ditunggu2 tu kan.. huhu pasni, sila fokus dengan exam pula. 4 flat ya.. :) 

Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, December 15, 2012

Gambar Cilok dari FB


finally,
i beli pelampung okay!
life jacket, pandai terbalik..
memang terasa lagi selamat dengan life jacket..
sebab kot-kot la pelampung bocor
gila nahas~
sebab berani-berani berenang sampai dalam 2-3 kaki..
takut den bila tengok paras kedalaman air okay ~





yang ni
masa kat rumah terbalik 
:)




Thursday, December 13, 2012

di manan jalur kamu wahai sang maxis dan celcom? digi..lagi lor x ada!

Semoga awak baik-baik sahaja di sana ♥. Dan moga semua yang dirancang berjalan dengan lancar. Macamana lah nasib kalau terposting di area yang tak ada talian komunikasi? Setakat internet x de x pe la.. ni celcom yang world wide pun x tembus lagi. Astro dapat tak? :p Memang bersyukur la setakat boleh call or sms ..x boleh nak tango or whatsapp pun x mengapa kan? tiba2 pula aku nak membayangkan, haishhh ? Bikin sesak kepala kan? Syukur saja dengan apa yang ada..mujur 4 hari..kalau 4 minggu, aku rasa boleh simpan hp dalam peti ais dulu.. ngeh ngeh.. 

Published with Blogger-droid v2.0.9

memang tak hairan pun!

aku dah agak
kalau post gambar tu
mesti ada bunyi desas desus

well, do i care?

tekaan memang tak salah kan?
memang boleh agak la..
sebab cerita lama orang lain pun
dulu ko juga yang memulakan?

nak komen2, inbox terus la
baru niat itu di kata baik..
tak ada bezanya
nak pot pet pot pet

esok lusa tunggu turn dia pula



Wednesday, December 12, 2012

makan ruangan katil kot?

Bestkan? Besar..rasa nak bawa balik.  Sempit terus katil kalau nak bawa balik.  Suka dalam masa yang sama takut. Nanti malam2, dia cekik macamna?

Published with Blogger-droid v2.0.9

hati berlagu sedih, hanya jiwa yang tahu kan?

Kehidupan tak menuntut kita menjadi manusia yang sempurna..
sebab mustahil. Tiada kesempurnaan di dalam kehidupan.
Tak semestinya senyuman yang terukir mempamerkan hati yang riang kan?

Akur pada kata bidalan, usah menilai dari luaran.
Mungkin di mata kita kelihatan sesuatu yang tenang, dianggap tiada bahaya yang menanti kan? Air yang tenang usah disangka tak ada buaya..
perumpaan yang merujuk pada konsep yang sama banyak di pasaran..
rambut sama hitam, hati tak semestinya sama..
gajah yang besar mampu tertunduk kalah di atas kelicikan sang tikus kan?

Untuk menjalani hidup yang lebih tenang,
jiwa harus kental untuk menyingkir segala "negative thinking"..
hidup tak boleh terlalu melayan perkara remeh temeh sehinggakan melupakan kita untuk menghadapi dugaan yang besar.
Ujian Allah bermacam2..tapi tujuan hanya satu.
Menguji tahap keimanan kita pada yang Esa. Hanya Kesabaran di dalam hati yang mampu untuk kita meredhai dugaan Illahi..
ikut rasa binasa, turutkan hati , mati. Kan?

Terkadang kekhilafan insan lain,
harus kita akurkan kesilapan kita untuk menjaga hati-hati dipersikitaran kita..
namun usah terlebih2 sehinggakan menggadai nilai diri kita..
ego boleh dihapus, namun maruah diri harus dipelihara.. 
tapi ia menuntut hati yang ikhlas, agar tidak memakan diri sendiri untuk mengakurkan kesilapan orang...

Sempurna di mata kita, belum tentu sempurna di mata yang lain..
suci di jiwa kita, belum tentu suci di jiwa yang lain.
Beralah tak bererti mengalah, tapi sebagai tanda rasa kehormatan, rasa kasih dan sayang dalam jiwa kita..
namun hati manusia takkan selalunya utuh untuk selalu di uji..
kadang bila rasa teruji, mungkin DIAM kan saja adalah lebih bermakna.
Usah menyimpan dendam di dalam hati yang terpendam,
kerna membuka ruangan untuk bisikan syaitan.
Sedangkan hati, jiwa kita setiap saat menerima bisikan syaitan agar kita tergelincir dari landasan yang sebenar kan?
Ubati dengan lafaz zikir..kerna zikir makanan hati.
Mampu menjadikan hati yang gusar, gelisah menjadi tenang.
Andai tiada hati yang mampu menjiwai hati yang inginkan tempat mengadu,
titipkan saja dalam doa. Dia mendengar dan lebih memahami ..kerna kita hanya milik Allah. Sudah tentu yang mencipta lebih mengetahui srgala-galaNya kan.

Ada waktu dan ketika,
rasa hati itu tak perlu di luah jika hanya mencalar lebih banyak hati yang membacanya.
Untuk memuaskan hati srndiri,
sedangkan mencalarkan banyak hati, itu pentingkan diri.
Kepuasan untuk menangkan hati sendiri,
belum tentu memberikan senyuman di dalam hati..
pasti terbelenggu rasa bersalah,
bila hati mula menilai semula untuk kali ke dua, ketiga dan seterusnya?

Terlajak perahu, boleh buat2 tak tahu.
Namun terlajak kata, mengundang rasa., 1001 rasa..
tapi berterus terang dan berbincang adalah jalan yang terbaik untuk menghadapi apa sahaja konflik yang timbul.
Usah membicarakan sesuatu yang tak pasti,
bimbang hati tersilap menilai. Dan mengundang rasa salah faham.. 
mencari kebenaran itu dituntut..
usah membiarkan hati sendiri menyimpulkan sesuatu yang tak sahih kebenarannya.
Bahagiakan dirimu agar mampu menghadiahkan juga kebahagiaan ...
the simple thing, just ignore benda kecil agar tak menjadi sesuatu yang lebih rumit..
just make it simple guys ...
then we will more appreciate what we have in our life.
Keriangan dan kesedihan berada di tangan kita..  
Moga dengan rasa syukur boleh
Lebih menudukkan keegoaan kita
Sesama insan.
Moga Dia beri petunjuk dan jalan kebenaran..
Pada kita sebagai hambanya..

P/s: perlu buat2 tak tahu juga untuk membaiki sesuatu keadaan /situasi. Betulkah?

** andai ada jiwa yang tercalar dengan coretan ini, seikhlas hati hamba memohon seribu kemaafan.. jangan disalah ertikan niat hamba .. : p

Published with Blogger-droid v2.0.9

happy birthday

Hari jadi abah yang ke 58.. huhu a little bit suprise with the number 58... :( moga Tuhan murahkan rezeki abah lagi...dan permudahkan segala apa yang dihajatinya..  memang abah terbaik di dunia.. aku umo 26 tahun ni, masih terasa 16 tahun.. huhu banyak benda yang masih dibantu oleh beliau.. huhu sehinggakan kak mimi cakap.. maubjuga abah noy tolong buat itu dan ini? :p

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, December 10, 2012

Semoga Allah sentiasa bersama kita..




dapat info dari Facebook. kekadang FB ni memang bagus, penyampai berita yang tersirat-tersurat. yang mana berita kena hidden atas faktor tertentu, terlepas juga dekat FB. nak lagi yang bikin liputan dari mangsa sebenar kan?

habis baca? so what do you think?

i am very sure..kes macam ni, salah satu penyebab kemalangan jalan raya.. sampai meragut nyawa.. tak pikir ka?
 betul2 hilang rasa kemanusiaan dah tu kan? Kes macam ni sure berada dibanyak tempat juga.. nak lagi laluan yang kurang orang..gelap dan tengah malam.. aku selalu berdoa je ke melalui laluan gelap. benda-benda macam ni tak mustahil berlaku.. manusia sentiasa ambik peluang. kadang kita terleka kan. tak sedar rupanya kita di intai secara tak sengaja..dan kena aim lagi. tu benda yang paling aku takut. macam-macam musibah atas jalan ni. nak lagi driver perempuan. tu kes lain..kalau kes malang tak berbau..let say pancit tempat sunyi.. itu membuka peluang kan? serius.. jangan benda macam tu terjadi dengan aku.. 

hakikatnya, takut driving bila langit dah mula senja.. nak lagi menghala ke kampung, bukan bandar kan. tapi selalu tawakal ..berzikir banyak-banyak dalam hati. mohon perlindungan. layankan hati.. tak terbalik la aku kalau dah senja-senja kena balik sendiri.  selalu mengingatkna.. ada 2 malaikat menemani kita di sisi kiri dan kanan. dan Dia yang sentiasa bersama kita. cuma malang tu tak berbau. jika dikehendakkan macam tu. kadang-kadang benda tu yang tak boleh nak elak..

mulakan dengan Bismillah sebelum start enjin, dan zikir banyak-banyak dalam hati. semoga Allah sentiasa melindungi kelesamatan kita di atas jalan. insyAllah..


p/s: papar jalan lama, kinarut, jalan Tuaran, okeh.. menakutkan!

sumber gambar & info dari FB!

terminum air masin..puiiii!

Puas i berenang2...  bila la ada keberanian untuk berenang tanpa sebarang peralatan macam life jacket, google.. masa nak gi dah sewa google dan sekali life jacket.. but masa singgah pulau ke 2, aku tekad beli pelampung. Tak yakin pakai life jacket nak g tengah laut tu.. rasa x selamat..aku start cemas sikit bila kaki x jejak dasar laut sebab pernah hampir lemas 2 kali...mak selamber je x life jacket.. dia dulu duduk tepi sungai..selalu terjun sungai..tu yang campin..i mean teror aa...  ainul merengek2 nakkan pelampung aku..padahal dia belajar berenang kot..tamporr karang..mengada2 kan..  g pulau sebab bawa fam pak lang..sekali pergi 2 pulau..mamutik and manukan.. cantik mamutik lagi... baru plan kul 7 pg tadi..bab cuaca yg elok kan.. :) bahagia tengok langit yang biru....laut pun hijau kebiruan.. ikan lalu depan kita lagi...  wah bahagiaaaaa . Tapi x puas sangat berenang... sebab last minit baru dapat pelampungkan.. tapi dalam fikiran..takut juga bocor ke..plastik punya..  ada couple korea tu.. gila smart okeh dia punya baby punya plampung..ala2 paddle boat kecil..ada tali..ayah dia tarik... i guess baby br 8-9 bulan..bising baby tu mengomel..suka ke takut.. dok tahu... m6sim cuti..banyak yang tourist.. banyak duyung2.. sakit mata pun x pe..terlebih keyakinan untuk pkai bikini dan trunk.. adoiii.. dosa kering. Patut ustaz ustazah tak suka g pulau2 kan.. hohoho dan x best.x de tukang shoot pic!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, December 9, 2012

gokusen season 2 &3

Since aku layan Gokusen season II dan III, menyebabkan mengidam nak makan takoyaki okeh.. 2-3 hari lepas nak hi beli..macam ade hal je.. x da rezeki.. but tadi..sempatkan juga.. alhamdulillah tak de la sedap sangat..tapi teringin... berada di zon asyik nak makan2 je ni... hihi...
0

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, November 30, 2012

Ronda-ronda KL part 1

as u know
last week
aku berkampung dekat KL
bersama en tunang dan kakak & abang ipar
pergi memang tak dirancang sangat
sebab kebetulan masa tu tiket murah sangat
tapi terlepas juga

ko jangan main-main
Airasia ni ajaib
baru kejap ni ko tengok murah
jangan hrap ada masa nak pk lama-lama
untuk beli atau tidak
kirim salam saja okeh?
habesss
kalah-kalah orang jual goreng pisang

btw, aku memang suport habes
dengan Airasia ni
sebab wujudnya mereka
menyebabkan persaingan hebat kepada MAS
yang tiket mahal tahap GABAN!
dulu no choice kan?
aku selalu flight JB-KK sebab menumpang
tiket free abah
kalau tak, jangan harap juga ada chance nak tengok awan selalu..

kita orang pegi
19hb (Isnin) til 23hb (Jumaat)
pagi tu abah yang hantar gi Airport
mujur ada abah tak outstation ..kalau tak, terpaksa mak den yang antor
kalo dia endak.. haha


gambo sebelum nak berlepas
irish
masih malu-malu meow
hihi..
rindu dengan telatah dia~


kak lyna's family


caption: rancak okeh bercerita dengan jiran dia..haha

macam biasa
kalau travel
aku dah start bawa beg merah tu
sonang den nak heret-heret
and tak bawa extra shoes
crocs tu la aku bedal sana sini
sehingga la..
erm..kemudian cerita..
karang terlompat-lompat ceritanya..

en tunang macam biasa
beg merah yang disandang tu saja yang di bawa
adusshh
senang jadi jantan kan?
tak banyak inner ware yang korang bawa
yang kita..haduh..
banyak bebeno

sebab aku tak suka
bila nak, tak ada
kalau senang nak beli tak pe..
kalau payah nak cari
nanti moody terus~

tak silap aku sampai KL
petang dalam kul 4 juga kot?
kan?

balik..sempat golek-golek dulu atas katil
golek kejap je okeh
pastu terus nek LRT gi Bukit Bintang
nak jalan kan..
so rehat2 kemudian kira la

and aku terkejut budaya masa sampai sana
sebab dulu, rasa aku
kita kalau dari Plaza Rakyat
nak gi Imbi nek monorail
kena beli tiket satu-satu kan?
ke memang dari dulu macam tu..aku yang tak tahu
orang KK bukan KEH ELL..

tapi for sure
sekarang ni
ko beli tiket direct gi Bukit Bintang boleh
dan pakai token okeh
no more kad

kebetulan masa tu
ada minah indon tanya aku
aku yang pening
padahal betul la cakap dorang
boleh beli direct
u tanya pun silap orang kot
agaknya muka kita muka orang KL kot kan?
ahaha perasaaan betulll!

pusing-pusing kat BB plaza kejap je
pastu balik
otw balik
kena betul timing orang balik keja
paling aku benci situasi macam tu
tak cukup oksigen
pastu berhimpit-himpit
macam sardin
bau yang keluar pun macam-macam
dan yang paling takut
tukang seluk segala bagai

kesian okeh
terpenyet muka dia kat cermin
haha
sepanjang aku naik pengangkutan awam kat KL
memang tak pernah naik betul-betul peak hour la
so hari tu terus dapat pengalaman macam tu
kesian kak Lyna
hihi
keluar je, rasa nak pitam
sebab sempit..
aku memang pening sikit kalau berada dalam situasi yang crowded
tak boleh sangat
huhu

okeh dah maghrib
kemudian sambung ye..


bye bye twitter

since berbulan-bulan
tak active kat twitter
bahek aku deactive kan?
buat semak je..





cause i think


dengan 

lebih kurang sama..

but fo sure insta lebih menarik.
kan?
oOopss...


imsomnia?

2 days ago
aku tak dapat tidur nyenyak
kejap-kejap terjaga
sampai esok petangnya
tiba-tiba demam kejap

malam tadi
terbangun kul 3.30 pagi
sakit tekak
sampai ke saat ni

and this nite
(1.04 a.m)
mata masih terbuka luas
i cant sleep
y?
y?
y?

bila fikir-fikir balik
lately
selalu terjaga malam-malam
and payah nak tidur!

stressss la
macam ni!
:(

Thursday, November 29, 2012

Reunion..


ni housemate ayang
Racheal.. baru je menjadi saudara baru kita
forger her new name
serius sweet gila dia bertudung
memang tak kenal masa dia panggil
but i can recognize her voice

dan yang kelakar
nama sebenar pun lupa
haishhh
sorry la gang
sometimes
i always forgot the name of people 
even kadang-kadang jumpa
ni kan lagi jarang-jarang eh?
so no wonder la cuti sekolah seminggu , sebulan dua
nama budak terformat sekali
huh?

but serius
u look so beautiful..
mudah-mudahan Dia mempermudahkan kamu
untuk lebih mengenali Islam yang sebenar

bertudung itu manessss
tambahan mengurangkan bebanan pada ayahanda, suami, abang dan adik lelaki kan?
:)


ni zurathur noor
nama memang terlekat terus
kawan-kawan masa di SRK Stella Maris
masa darjah 5 kot
pernah rapat sekejap
but because of terlalu rapat dengan dia
masa tu dengan wanie
sorang bf, arnizah pula get jelaous
siapa berutus surat okeh dengan dan wanie
sebab kecil hati
so sweeet kan zaman sekolah rendah??



ibu yang tengah sarat mengandung tu la wanie..




yang tinggi tu
Nur Farahiya Othman
ambik ko
sekali ingat nama bapa sekali
hebattt kan?
;p

serius, aku memang ingat nama dia sekali dengan nama bapa
kita zaman sekolah rendah
mana reti nak berpuak-puak kan?
boleh main police and thives satu kelas
gang perempuan jadi pencuri, gang lelaki jadi polis
habis satu banggunan kita tawaf kan?
sebab tu kita
kawan baik dengan satu kelas
kelebihan Farah ni
dari darjah satu sampai darjah 4
jadi ketua kelas
sebab dia sangat tinggi
entah-entah memang macamni la tinggi dia since sek rendah ?
or
aku yang tak meninggi kot?
tapi masa sek rendah
aku paras-paras bahu nurul ashikin zainudin
yang tudung pink!
peliks kan..kawan sek rendah
aku siap pahat nama
full name!
 yang ingat la
yang tak hengat..
huruf depan pun langsung tak leh nak ingat!
hoho

zurathun dengan farahiya
memang tak pernah jumpa
sejak aku tamat darjah 6
baru umo 26 tahun ni
terjumpa semula
  
tak sangka korang kenal aku lagi kan?

meh rujuk gambo lama
mereka berada di bulatan kuning
kebetulan pic ni
bertanda ke atas mereka berdua la pulak


aku yang kaki terjonget tu
duduk depan, berbaju kurung
dya dari kanan

ketot kan ?
zurathun berada di belakang aku
yang pakai baju kurung..

Published with Blogger-droid v2.0.9

366 days


ehhh...
silap da..
tarikh 29/11/12
teradvance sebulan awal plak
huh?


p/s: i love you